Kali terakhir dikemaskini
pada 24 JAN 2006
Untuk merapatkan hubungan di antara mahasiswa/i dengan masyarakat.
Memupuk sifat penyayang dan sedia menolong di kalangan para mahasiswa/i di Universiti Malaya dengan masyarakat luar.
Menanam semangat cintakan kesihatan diri dan kepentingan hidup sejagat.
Mempertingkatkan interaksi dan memupuk persahabatan di kalangan mahasiswa/i tanpa mengira bangsa dan agama ke arah mewujudkan interaksi masyarakat.
Untuk mewujudkan dan melahirkan golongan pelajar yang lebih peka dan bersedia untuk memberikan sumbangan dan bakti secara sukarela kepada masyarakat di sekeliling mereka.
Untuk meninggikan lagi sikap sudi membantu di kalangan orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.
Mengeratkan hubungan rakyat Malaysia menerusi aktiviti kebajikan.
Meningkatkan sikap prihatin semua lapisan masyarakat.